Wednesday 27 June 2018

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan
Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yang sedang berjalan. Pertama akhbar Utusan Malaysia, hari ini, Khamis 7hb. November. menjadikan kekecohan mesyuarat agung tahunan Belia 4B sebagai tajuk utama muka depannya.
Peristiwa yang kedua ialah di PWTC Kuala Lumpur, Pemuda dan Wanita UMNO sudah menyelesaikan sidang tahunan mereka bagi tahun 1991 ini. Seorang tokoh Pemuda UMNO iaitu Timbalan Ketuanya diumumkan telah dilantik menjadi seorang ahli Dewan Negara, menjadikan bcliau sebagai tokoh Pemuda yang ketiga yang dilantik ke Dewan berkenaan berdasarkan kelompok Pemuda itu.
Dalam pada itu, suka juga saya menyebutkan di sini bahawa dalam minggu yang sama, saya terbaca sebuah rencana popular mengenai belia dalam majalah Dewan Masyarakat, terbitan bulan November 1991 ini. Rencana yang mengenai belia ini ditulis oleh salah seorang sahabat saya dari USM yang kebetulannya turut memberikan bantuan tertentu kepada saya sewaktu melakukan penyelidikan mengenai belia kira-kira satu dekad yang lalu. Beliau ialah Dr. Azizan Bahari yang pemah bertugas sebagai Setiausaha Kerja Majlis Belia Malaysia (Sekarang bertugas ke Institut Kajian Dasar).
Rencana yang beliau kemukakan itu ialah penyataan keluhan dan kesayuannya mengenai “kelesuan dalam MBM” yang dewasa ini lebih berkeadaan action-oriented daripada issue-oriented sebagaimana yang pemah wujud pada MBM dalam dekad 70-an lalu. Dengan “kelesuan” dan action-oriented itu, Sdr. Azizan maksudkan betapa sepi dan tidak bermayanya MBM hari ini kerana bcgitu banyak aktiviti mengenai belia atau yang berhubungan dengan belia sudah tidak lagi dikcmudikan olch MBM, sedangkan begitu banyakkan aktiviti yang diterajui olch MBM pada suatu masa dahulu. Segala-galanya menampakkan kelemahan MBM dan hal ini juga membabitkan keselesaan dan semnkin malapnya peranan dan kedudukan Majlis Perunding Belia Negara (MPBN) hari ini berbanding dengan sepuluh atau lima belas tahun selepas ia dituhuhknn dnlnm tnhun 1971 itu.
Keluhan dan kebimbangan yang dinyatakan ini merupakan suatu testimoni seorang yang berpengalaman luas dan prihatin mengenai gerakan belia di Malaysia umumnya. Saya sendiri pemah memerhatikan hal sepeiti ini sebagaimana yang pemah saya sebutkan setahun lalu dalam satu majlis anjuran KBS dan MBM sendiri.
Berangkali keluhan dan kesalan yang dimaksudkan ini akan mendapat sanggahan tertentu daripada kalangan pemimpin dan tokoh belia sendiri. Akan kedapatan pihak dan individu tertentu yang mengatakan
bahawa kegiatan yang bercorak issue oriented sudah usang dan sudah tidak lagi sesuai hari ini. Pihak ini akan menyahutkan bahawa generasi the angry young men sudah tidak ada lagi hari ini sejajar dengan semakin matang dan mantapnya kedudukan dan pencapaian tokoh dan pemimpin belia dalam kegiatan-kegiatan alam dewasa yang lebih luas dan lebih menyeronokkan itu.
Zaman ini tidak perlu lagi demonstrasi,jpikgt dan boikot. Dan kerana itu, dengan action-oriented yang berkembang secara “senyap-senyap”, segalanya akan ditanggung beres dan segala tuntutan dan keperluan golongan belia akan dipenuhi satu demi satu tetapi haruslah dalam keadaan teratur, berdisiplin dan terurus lengkap dengan segala kerenah profesionalismenya. Inilah fenomena dan suasana yang menyelubungi gerakan belia dalam dekad 80-an dan yang boleh dijangkakan berkembang dalam dekad yang akan datang ini. Hari ini, di kampus-kampus, yang sama sebagaimana juga di sekolah sebelumnya, para pelajar tidak perlu bising-bising, tidak perlu sibuk-sibuk dan berlagak pandai kerana segala-galanya tanggung beres melalui pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar.
Demikian juga dalam persatuan-persatuan belia. Segala-galanya boleh disediakan dan ditanggung beres asalkan memenuhi segala bentuk dan keperluan yang difikirkan wajar oleh pihak yang menajai dan membiayainya, iaitu yayasan ataupun kementerian. Baik bantuan itu berupa modal, alat, kemahiran, kepakaran mahupun nasihat dan seumpamanya, wakil-wakil persatuan tidak perlu khuatir: mereka akan dijemput untuk tumpang “bertenggek” sama.
Inilah sebahagian dan cebisan yang boleh disebutkan pada apa yang berlaku di kalangan generasi atau orang muda di Malaysia kebelakangan ini. Dan ia haruslah dilihat sebagai sebahagian daripada isu dan permasalahan semasa mereka dalam dunia yang semakin pesat beubah ini.

Gagasan dan Permasalahan Sejagat Belia
Apa yang diperihalkan dengan panjangjebar di atas memperlihatkan bahawa persoalan mengenar belia sebagai satu kelompok masyarakat yang memerlukan renungan, penelitian dan kefahaman yang sewajamya di kalangan para pemutus dasar dan pihak-pihak yang melaksanakan dasar tersebut. Permasalahan belia dalam apa keadaan sekalipun tidak harus dipisahkan sama sekali daripada persoalan masyarakat itu seluruhnya. Ini kerana belia ialah sebahagian daripada anggota masyarakat itu sendiri biarpun pada dasarnya ukuran penggolongan mereka itu bersifat semulajadi yang didasarkan pada umur hayat antara 15 hingga 35 atau 40 tahun.
Mengingatkan ukuran dan penggolongan umur yang sejagat inilah juga maka tampaknya dari satu generasi ke satu generasi, golongan belia masih dilihat mempunyai imej, ciri dan budayanya yang tersendiri. Ciri dan budaya ini secara mudahnya boleh disebut sekali gus sebagai “tanggungan” (liabilities) atau “beban” dan juga sebagai “harta” (asset) kepada sesebuah masyarakat. Tingkah lakunya mempunyai kaitan langsung dengan sifat-sifat hedonism atau ingin mencuba-cuba, meneroka dan melepas geram yang sering berkeadaan rebel without cause. Dalam keadaan begini, walaupun mereka pada lahiriahnya bukan lagi tergolong sebagai bayi dan kanak-kanak, akal budi mereka sesungguhnya masih lagi dikira belum mantap, masih goyah, masih serba kurang dan masih belum matang berbanding dengan yang sepatutnya ada pada golongan dewasa dan golongan tua.
Berdasarkan pertimbangan dan ciri-ciri kehidupan atau perilaku yang beginilah maka dalam realitinya, golongan belia perlu ditangani sebaik mungkin. Mereka ialah golongan penduduk yang paling bertenaga, produktif dan kreatif; tctapi kerana belum lagi dianggap mencapai “kedewasaannya”, maka sukar pula untuk dipertanggungjawabkan dengan berbagai-bagai peranan dan kedudukan sosial, ekonomi dan politik yang asasi dalam kehidupan kumpulannya. Inilah dua ciri yang bcrtentangan yang ada pada golongan ini sehingga di sebalik keccrgasan, produktiviti, intelektualiti, kreativiti dan kecemerlangan itu, ada antara mereka yang tercebak dengan gejala-gejala antisocial seperti kekecewaan, putus asa, jenayah, muzik liar, keruntuhan akhlak seperti pelacuran serta penagihan dadah, dan kebclakangan ini pula wujud gejala Sindrom Daya Kurang Tahan Pcnyakit atau AIDS.
Dua ciri bcrtcntangan serentak yang ada pada golongan belia sesungguhnya bukanlah fenomena dekad 90-an ini. Ia sudah lama bermula. Hampir setiap dekad dalam abad ke-20 ini boleh ditandai dengan berbagai-bagai corak dan pola kegiatan dan perlakuan mereka. Misalnya dalam dekad-dekad awal abad ini, mereka ialah golongan pcneroka yang menjelajahi alam ini dan menjadi tenaga penting yang terlibat dalam proses kolonialisme; dalam zaman Perang, mereka ialah tenaga pemikul senjata di medan pertempuran; pada zaman gerakan nasionalisme, golongan belia terlibat dalam gerakan menentang kolonial dan seterusnya menjadi pen- dukung kepimpinan kebangsaan awal. Sementara dalam tahun-tahun 1960-70-an, ramai daripada mereka terjebak dalam kegiatan- kegiatan anti-establishment, dalam kumpulan hippies dan muzik rock baru Beetlle - Rolling Stones, atau di Malaysia, “Pop Yeh yeh”. Sebilangan mereka pula terlibat dalam gerakan-gerakan pelajar, sit-in di kampus-kampus California dan Paris misalnya. Demikian jugalah kampus-kampus universiti seperti di Teheran telah menyaksikan kebangkitan golongan pelajar menentang Shah dan menggantikannya dengan kepimpinan Mullah dalam tahun 1979.
Dalam zaman kemelesetan ekonomi 80-an pula, di mana-mana pun ramai belia yang menganggur. Dan sehingga hari ini nampak- nya, gerakan belia dan pelajar di Korea Selatan masih lagi panas; dan barangkali tidak berapa lama lagi, Dataran Tienanmen boleh mengulangi peranannya sebagai pentas demonstrasi pelajar sebagai- mana yang telah berlaku dalam bulan Jun 1989 lalu; dan kali ini, tentu sahaja risikonya lebih besar, lebih kuat dan lebih mengesankan.

Isu dan Permasalahan Belia di Malaysia
Segala yang disebutkan di atas adalah mengenai perkara-perkara umum yang mungkin sebahagian besamya sudah menjadi sejarah kepada umat manusia. Tetapi adalah jelas di sini bahawa belia sebagai satu golongan yang biasanya menjadi golongan majoriti mana-mana masyarakat, menjadi pencetus dan pencipta sejarah yang tertentu untuk diabadikan dalam tamadun manusia sejagat.
Hal ini tidak ada kekecualiannya bagi belia kita di Malaysia sendiri. Kedudukan, peranan dan penglibatan golongan belia sebagai pemangkin atau catalyst perubahan kemasyarakatan bukan lagi merupakan satu isu baru.
Dalam hubungan ini, bagaimanapun, sukalah disebutkan bahawa di Malaysia sendiri, persoalan belia, khususnya dari segi organisasi atau gerakan berpersatuannya, adalah satu daripada kira-kira sebanyak 14 buah jenis pertubuhan sukarela (termasuklah parti politik) yang terdaftar sebagai pertubuhan yang sah, “demokratik”, lebih sejajar dengan keperluan dan kepentingan perbincangan dan pemerihalan ini dilangsungkan.
Untuk tujuan tersebut, maka pada hemat saya, ada baiknya masalah dan isu-isu semasa yang berkenaan dengan belia itu dilihat dalam tiga perspektif dan tahap utama yang setiap satunya melibatkan secara langsung manusia-manusia pelaku itu sendiri, sama ada tokoh dan pemimpin mahupun pengikut, iaitu:
(i) di peringkat elit atau “atasan”,
(ii) di peringkat organisasi atau pertubuhan, dan
(iii) di peringkat komuniti atau “massa”.

Isu-isu Semasa di Peringkat Elit/Pemimpin:
Apa-apa yang diberikan perhatian di sini tidaklah terhadap semua the chosen few atau yang menjadi golongan terpilih dari segi sosial dan ekonomi, tetapi yang dipentingkan ialah elit politik. Ini kerana golongan ini lebih hampir dan lebih mungkin melahirkan pemimpin-pemimpin politik yang “sebenar” dalam sesebuah masya­rakat. Pada peringkat ini, beberapa isu semasa yang berkenaan dengan belia telah dapat dikesan. Antaranya yang boleh disebutkan di sini ialah:        
(a) Warisan politiking belia dekad 70-an dan 80-cm,
Kalaulah kes kepimpinan Belia 4B di atas dilihat dalam konteks ini, maka adalah jelas bahawa dari segi kepimpinan atau elit, maka isu semasa yang sedang menyelubungi gerakan dan golongan belia di Malaysia sekarang ialah warisan politiking belia tahun 70-an dan 80-an. Kes penutupan pagar dan permit polis untuk meng- adakan perhimpunan bagi tujuan pemilihan pucuk pimpinan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan malahan jauh lebih baik berbanding dengan penayangan pistol dalam mesyuarat dan suasana sedemikian yang pemah terjadi dalam tahun 70-an lalu iaitu dalam sejarah MAYC.
(b) Politiking belia dan kepimpinan organisasi
Kes kepimpinan Belia 4B yang masih baru itu sesungguhnya memperlihatkan suatu bentuk politiking yang bermula dalam usaha manipulasi kuasa sebilangan pemimpin dan tokoh belia untuk terus- terusan menguasai kerusi pemimpin organisasi. Sehingga hari ini nampaknya kerusi presiden MAYC dan Belia 4B, SANYA, SABERKAS dan beberapa pertubuhan yang Iain masih lagi disan- dang oleh pemimpin dan tokoh belia yang berusia lebih daripada 40 tahun, iaitu melebihi had batasan ukuran umur belia yang rata- ratanya digunakan di seluruh dunia, termasuk oleh pihak UNESCO, sendiri. Manipulasi undang-undang dan pcrnturnn pcrsatuan sering terpinda dalam hal ini; dan ini sesungguhnyn cukup malang bagi sesebuah pertubuhan sukarela yang terlibat. Hal ini terjadi kerana sejak sekian iamanya pertubuhan bclin terlibat secarn langsung atau tidak langsung sebagai arena dnn alat .son in lisa si politik dan kepimpinan seseorang yang bercita-cita dalam urusan dan arena politik kepartian sehingga organisasi belia menjadi stepping stone dan supporting ground bagi pemimpin belia berkenaan. Bukan itu sahaja sebenamya. Malahan sebagai salah sebuah jenis pertubuhan sukarela, organisasi belia adalah cukup mudah terdedah kepada politik kepartian, misalnya melalui naungan dan tajaan sesuatu kegiatan berpersatuan.
(c) Politiking belia dan kepimpinan dalam politik UMNO
Isu ini juga ada kaitannya dengan golongan dan gerakan belia di Malaysia hari ini dan dalam beberapa tahun akan datang. Sekurang-kurangnya ada tiga tokoh utama yang pemah bergerak dalam gerakan belia sekarang ini menduduki kerusi naib presiden UMNO, iaitu kedudukan ketiga tertinggi dalam parti kanan dan terbesar yang menerajui politik Malaysia. Mereka ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan yang pemah terlibat dalam PBMUM, PMIUM, PKPIM dan ABIM, MBM dan WAMY; Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Menteri Luar yang pernah bergiat dalam kepimpinan GPMS; dan Datuk Seri Sanusi Junid, Menteri Pertanian, yang pemah turut serta menubuhkan ABIM (1971) tetapi sejak tahun 1973 menjadi Presiden MAYC. Persaingan yang menjadi perhatian utama sekarang ialah apakah mereka mampu mempertahankan kerusi naib presiden parti atau siapakah yang bakal memenangi kerusi timbalan presiden, seawal-awalnya dalam perhimpunan agung UMNO tahun 1993 kelak.
(d) Faktor Anwar Ibrahim dan Kepimpinan UMNO-Melayu
Sejak meninggalkan ABIM dan memasuki UMNO dalam bulan April 1982, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meningkat dan mencapai kedudukan politik dalam UMNO dan Kerajaan yang begitu cepat. Banyak pihak dalam parti berasa kurang senang atas pencapaiannya itu dan beliau mendapat perhatian utama kerana dalam dekad yang akan datang, kepimpinan politik dan kerajaan Malaysia akan diwarisi oleh generasi pemimpin pelapis tahun 70- an iaitu “generasi Anwar Ibrahim”. Persoalan yang sensasi dalam hal ini tampaknya ialah sejauh manakah Anwar Ibrahim dapat menangani saingannya, temnasuklah Ghafar Baba yang sekarang ini menduduki kerusi timbalan presiden parti UMNO, sebagai tokoh dan pemimpin utama Malaysia dalam dekad akan datang. Dan kerana itu, apakah “rangkaian belia” yang pernah diceburinya dahulu memainkan peranan tertentu dalam hal ini.

(ii) Isu-isu Semasa di Peringkat Organisasi
Antara isu yang tampaknya perlu mendapat perhatian sewajarnya di peringkat organisasi, baik sesama ahli atau di peringkat dalaman-organisasi (intra-organizational level) mahupun di peringkat “antara-organisasi” (inter-organizational level) ialah:
(a) Kemerosotan semangat “kesukarelaan ”
Kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh ramai sarjana sains kemasyarakatan menunjukkan bahawa dengan semakin berkembang pesatnya perubahan dan kemakmuran soioekonomi, anggota masya­rakat menjadi semakin tidak sama rata, semakin bertambah ciri-ciri kehidupan bandaran (urbanism) yang berupa nafsu-nafsi atau individualistic dan akhir-akhimya melemahkan dan meruntuhkan konsep kejiranan, kekitaan dan kesukarelaan (voluntarism). Hal dan keadaan ini tidak ada kekecualiannya dalam masyarakat Malaysia sendiri, setidak-tidaknya dalam satu dekad kebelakangan ini.
“Kelesuan MBM” yang dibincangkan oleh Sdr. Azizan dalam tulisannya adalah yang berkenaan dengan organisasi induk yang menyelaraskan kegiatan-kegiatan belia di peringkat kebangsaan. Sayang sekali beliau tidak menyertakan data dan maklumat mengenai bilangan cawangan dan badan gabungan badan belia kebangsaan itu yang telah dibubarkan bulan demi bulan atau tahun dcmi tahun sejak beberapa waktu kebelakangan ini.
Laporan-laporan akhbar dari semasa ke semasa sebenarnya ada menyebutknn pembubaran tcrpaksa dibuat oleh pihak Pendaftar Pertubuhan terhadap badan-badan belia ini. Sedangkan tindakan ini mcrupakan satu-satunya langkah terakhlr yang terpaksa dilakukan sesudah beberapa option lain yang bersifat administratif tidak lagi berkesan dan sia-sia sahaja.
Sebab-sebabnya lazim lain ialah kegagalan mengadakan mesyuarat dan seterusnya  laporan tahunan persatuan sebagaimana yang dinyatakan oleh Akta. Kegawatan


yangfeijmli pndji hrlia II» k< lutngMinii sejak tiga cm pat tahun lalu bukan hnnya kemna mnsalnh l< knikal berhubung dengan usaha meminda perlcmbagaan pnsatnan untuk mcmbolchkan seseorang yang berumur Irblh daripada 40 tahun memimpinnya ataupun kerana politik UMNO dan Semangat 46 telah menjangkitinya dan menjadikannya sebagai kad pcrtaruhan dalam politiking kepartian itu, tetapi kerana kcgagalan dari segi teknikal yang tersebut di atas.
Salah satu akibat yang dibimbangi daripada “kelesuan” yang dimaksudkan itu ialah tidak terselarasnya konsep belia serta penen- tuan akan kcutamaan atau priority rancangan-rancangan untuk menggcrakkan dan memajukan golongan ini secara administratif oleh berbagai-bagai agensi awam.
Misalnya, 10 Program Induk Belia Negara. Salah satu kelainan yang boleh diperhatikan ialah program-program berkenaan seperti Malaysia Cergas, Malaysia Patriotik dan beberapa yang lain melibatkan murid-murid sekolah sebagai sebahagian daripada kumpulan sasarannya. Sedangkan pada kebiasaannya, ramai orang tahu dengan status sebagai murid-murid, maka program pihak Kementerian Pendidikan adalah yang lebih utama.
-Pengembangan proses urbanisasi - semakin ramai.belia Melayu berpindah ke kawasan bandar dan bekerja dalam sektor perkilangan; ramai yang masih belum “menetap kekal” di bandar atau belum established sebagai anggota masyarakat bandar;
-Pengisian masa lapang yang berubah - dewasa ini, muzik dan hiburan lebih diminati walaupun sekadar sebagai golongan pcngguna sahaja. Ini kerana hiburan lebih mudah diperoleh hasil daripada perkembangan dan kemajuan media massa dan teknologi komunikasi; akibatnya kcrja-kerja sukarela semakin kurang diminati;
-Fenomena generasi sekolah asrama penuh dan persaingan mcndapatkan sijil dan kelulusan peperiksaan demi peperiksaan yang semakin mencabar, “competa- tive” tidak memungkinkan para pelajar mempunyai masa untuk prihatin terhadap persekitaran mereka; atau jika tinggal di asrama penuh, mereka menjadi semakin terpisah daripada dunia dan realiti kemasyarakatan. Semuanya menyebabkan kesedaran sosial tidak subur dalam pertumbuhan sahsiah generasi ini, walaupun mereka adalah the cream of the society yang bakal menganggotai gologan elit dalam masyarakat kita kelak;
-Beberapa tahun lalu, aktiviti di peringkat Kementerian lebih tertumpu pada kegiatan sukan apabila penghe- bahannya dibuat secara yang berlebihan sehingga “membayangi” kepentingan kegiatan belia;
(A.h. * Kesibukan para pemimpin yang memungkinkan rekrut- v men dan profesionalisme dalam pengurusan dan kepimpinan golongan belia terjejas. Ini terjadi kerana generasi pemimpin belia yang “lebih umur” masih tidak digantikan sedangkan ramai daripada mereka mempunyai urusan lain yang lebih mendesak. Ini terutamanya apabila sesebuah pertubuhan itu dipimpin dan masih dipimpin oleh tokoh dan pemimpin politik yang sebilangannya sengaja melakukannya sebagai sumber kekuatan dan pengaruh politik kepartian mereka. Ahli-ahli persatuan boleh mereka “gunakan” apabila tiba masanya pertandingan politik diadakan.
(Hi) Isu-isu Semasa di Peringkat Komuniti
Yifng dimaksudkan isu-isu di peringkat komuniti atau kemasyarakatan ini ialah yang berkenaan dengan apa-apa jua mnsnlnh dan isu sejagat yang berkenaan dengan golongan belia. Isu dan masalah ini, bagi tujuan yang lebih praktikal, bolehlah dikelompokkan dalam dua kategori iaitu (i) isu-isu domestik atau dalam negcri, dan (ii) isu-isu antarabangsa.
(a) Isu dan masalah dalam negeri
Ada beberapa bentuk dan jenis masalah yang berkenaan dengan belia yang masih lagi berlaku dan berkembang dalam masyarakat Malaysia hari ini Antara yang dapat disebutkan secara ringkas dan mudah adalah berupa:
-masalah pcrpaduan kaum, scjajar dengan ciri majmuk masyarakat Malaysia umumnya;         
-masalah dadah dan kctagihan dadah, sehingga hari ini melibatkan kira-kira sejuta orang di Malaysia;
-masalah kesihatan, khususnya jangkitan AIDS;
-masalah social evils (korupsi, akhlak, jenayah);
-masalah gun tenaga kerja - pengangguran dan pengua- saan berbagai-bagai bentuk kemahiran teknikal;
-gcjala apolitical groups iaitu yang mengasingkan diri daripada urusan politik kepartian dan lebih tertumpu kepada urusan tertentu seperti urusan kerjaya dan keagamaan;
-gejala “kejumudan fikiran” - the slavic mind dan the captive mind iaitu gejala “jiwa hamba” dan mudah putus asa; dan
-arah aliran kependudukan “masyarakat tua” atau the aging society yang semakin membesar serta gagasan “Masyarakat Penyayang”.
(b) Isu dan masalah di peringkat antarabangsa
Antara isu dan masalah yang bcrlaku di peringkat antarabangsa yang secara langsung atau tidak langsung melibatkan juga kepentingan golongan belia hnri ini ialah:
(a) pasang surut kegiatan-kegiatan belia serantau Asia Tenggara;
(b) cabaran, persaingan dan prestasi sosioekonomi yang berbcza antara negara-negara sedang membangun, negara-negara perindustrian baru, dan negara-negara maju - yang berkenaan dengan isu kepenggunaan, produktiviti dan kemahiran teknikal, revolusi teknologi maklumat - “megatrend” dan “Vision 2020”; dan
(c) cabaran dan persaingan politik dalam konteks Order Politik Dunia Yang Baru iaitu Unipolar System selepas Perang Teluk dan keruntuhan ideologi Komunis di Soviet Union.
Senarai masalah dan isu yang disebutkan, dengan sengaja, secara ringkas di sini bertujuan memudahkan masalah itu dibincang dan dianalisis selanjutnya sekiranya diperlukan. Namun begitu, semuanya merupakan persoalan-persoalan besar yang memerlukan keprihatinan setimpal daripada golongan belia umumnya sebagai bakal pewaris masyarakat dan masa depan negara ini.
Satu perkara yang perlu diperhatikan daripada tajuk dan senarai isu dan masalah yang disebutkan itu ialah sebahagian daripadanya merupakan isu-isu yang lama, dan ada juga yang masih baru. Isu penagihan dadah misalnya adalah satu isu besar yang melanda golongan belia Malaysia dalam dekad 80-an dan wabak gejala buruk ini telah menimpa golongan ini tanpa mengira apa pun status dan latar belakang sosioekonomi mereka. Sementara ancaman terbaharu ialah jangkitan AIDS atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit yang dalam tahun 1986, bilangan kesnya hanya dua, tetapi mencapai paras 350 kes jangkitan sehari dewasa ini dengan bancian kasar seramai kira-kira 1700 menjadi mangsa AIDS sehingga akhir tahun 1990.
Satu lagi bentuk masalah yang boleh diperhatikan berlaku dalam kehidupan golongan belia hari ini ialah semangat patriotisme mereka ynng semakin “merosot” berbanding dengan yang pemah wujtid di kalangan generasi belia 60-an dan 70-an lalu. Sindrom kegilaan pada muzik rock, pendaulatan semula secara tak formal terhadap kepentingan bahana Inggoria, pcrcambahan institusi pengajian swasta yang “menyaingi" sistem pendidikan kebangsaan, keghairahan pada nama nama bangunan dan cara hidup kondominium yang berbau bukan Malaysia di sebalik nama-nama jalan, padang golf atau nama bandar baru yang “dimalaysiakan" ialah isu-isu yang perlu mendapat perhatian golongan belia umumnya. Budaya korporat dan penswastaan yang tidak terkawal boleh menimbulkan masalah yang tidak kurang hebatnya terhadap pembudayaan dan pemupukan nilai-nilai kemalaysiaan di kalangan orang muda ini. Yang lebih dibimbangkan dalam hal ini ialah ia bukan sahaja mengurangkan patriotisme atau rasa kecintaan ter­hadap tanah air, balikan lebih malang lagi ia menimbulkan sifat-sifat rakus dan “hukum rimba" the survival of the fittest - yang menghanyutkan dan memusnahkan apa-apa jua yang ada di bumi Malay­sia ini, baik maruah dan budayanya mahupun hutan rimbanya.
Sementara itu, perubahan-perubahan yang berlaku di peringkat antarabangsa juga menuntut keprihatinan golongan belia Malaysia yang sewajarnya. Perubahan-perubahan yang amat pesat hari ini seperti dari segi tcknologi maklumat, komunikasi, kewujudan Sistem Unipolar Politik Dunia yang didakwa menjadikan Amerika sebagai Polis Dunia sekarang dan dalam dekad yang akan datang di samping kecanggihan teknologi Jepun di serata dunia sudah tidak lagi menjadikan manusia dalam dekad-dekad akan datang terasing dan berupaya mengasingkan diri daripada intipan, interaksi dan hubungan pelbagai hala walau di mana-mana pun mereka berada.
Apakah belia di Malaysia akan berdiam diri dalam menghadapi dan menangani segala bentuk masalah dan perubahan ini?
Belia Malaysia dalam Konteks “Wawasan 2020” dan “Jihad Abad ke-21
Soalan dan permasalahan ini sesungguhnya menuntut dan menjadi isu yang tidak mungkin lagi dapat dipandang remeh dan ringan oleh generasi muda Malaysia hari ini.
Dengan demikian, generasi muda Malaysia perlu mempersiap- kan dan dipersiapkan diri mereka mulai sekarang bagi mengharungi tuntutan dan liku-liku hidup dalam dekad-dekad yang akan datang.
Satu daripada strategi yang amat cepat popularitinya hari ini ialah yang dinamakan sebagai Wawasan 2020. Wawasan atau agenda yang walaupun pada mulanya semacam suatu ucapan amanat biasa kepada para usahawan yang menganggotai Majlis Perdagangan Malaysia yang secara tidak rasmi menggantikan Majlis Perundingan Ekonomi Malaysia (MAPEN) itu telah dijadikan suatu agenda penting bagi penerusan perancangan dan pembangunan negara ini dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Popularitinya tampaknya bukan sahaja kebetulan sudah semakin ramai orang Malaysia yang peka dengan perkembangan ilmu dan isu terkini seperti yang tersirat pada dasar-dasar awam yang diperkenalkan dalam dekad 80-an lalu, atau oleh sebab keghairahan terhadap karya yang mengandungi unsur-unsur intelektualiti, disiplin, budaya kerja serta visi dan jangkauan dan seumpamanya seperti yang didasarkan pada karya-karya J. Peters, In Search of Excellence, atau Edward de Bono dengan Lateral Thinking atau Six Thinking Hats ataupun I am Right, You Are Wrong, ataupun Alvin Toffler dengan The Third Wave, Future Shocks atau Powershift atau Megatrends, ataupun karya Stanley Davis & Bill Davidson yang berjudul Vision 2020: How to Survive in the Future Economy? tetapi disebabkan revolusi teknologi maklumat terkini yang menjalar dalam kehidupan rakyat Malaysia yang sudahpun mengakhiri tempoh Dasar Ekonomi Baru mereka pada tahun 1990.
Memang benar bahawa DEB telah pun digantikan dengan Dasar Pembangunan Negara yang tidak dihadkan tempohnya itu; tetapi di samping mengekalkan dan memperluas matlamat dan sasaran DEB, matlamat dan sasaran DPN itu pula adalah lebih terbuka, lebih liberal dan melibatkan rakyat semua kaum dan keturunan dalam keadaan yang lebih seimbang dan sama rata.
Bagi golongan belia umumnya dan golongan belia Melayu-bumiputera khususnya, segala pernyataan dan ketetapan yang tersurat dalam DPN itu sesungguhnya lebih mencabar dan menuntut mereka menjadi manusia yang lebih peka, kreatif dan inovatif dalam menghadapi dan menangani segala bentuk perubahan yang terjadi dalam kehidupan manusia pada masa hadapan.
Maka itu, sesungguhnya Wawasan 2020 ialah pernyataan dan amanat Datuk Seri Dr. Mahathir sebagai negarawan Malaysia yang sejak dari awal pelantikannya scbagni Perdana Menteri Malaysia telah disifatkan sebagai pemimpin yang no-nonsense itu dalam tahun-tahun terakhir era kepimpinannya. Dan sesungguhnya amanat ini bukanlah sekadar menggarisknn scmbilan bentuk masalah dan cabaran yang harus dihadapi olch Malaysia dalam usahanya mencapai matlamat sebuah ncgnra maju, tetapi merupakan suatu garis panduan dan dorongan ynng bcrpcranan untuk memandu golongan belia dan rakyat umumnyn bcrtindak dan berusaha untuk memajukan diri masing-mnsing dalam dunia yang semakin kompleks, canggih dan mcncabar.
Dalam hubungnn ini juga, ucapan dasar Datuk Seri Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 8 Nov. 1991 berusaha untuk memperjelas dan mengukuhkan “amanat” yang dimaksudkan di atas. “Jihad Bentuk Melayu Abad ke-21” yang menjadi tema ucapan itu mengingatkan ahli-ahli UMNO khususnya, dan rakyat Malaysia umumnya, bahawa pengalaman dan sejarah masa lalu, kritikan diri sendiri dan kesilapan dan kekuatan orang lain adalah antara beberapa hal yang perlu diambil kira untuk seseorang atau sesebuah masyarakat dan negara itu dapat mencari kekuatan dan bersiap sedia untuk menghadapi masa depannya yang semakin mencabar dan meng- himpit. Sementara mengakui kesilapan dan keterlanjuran yang pemah berlaku, maka strategi yang terbaik untuk mengukuhkan semula keyakinan dan ketahanan diri dalam hal ini adalah dengan membersihkan diri berasaskan sifat amanah, keinsafan bersama terhadap masalah serta pemupukan sense of belonging yang ampuh, yang di dalamnya mengandungi visi dan misi yang jelas dan seimbang dalam organisasi atau pertubuhan seluruhnya.
Masalah Belia: Rangka dan Visi Penyelesaiannya?
Seseorang boleh dituduh bersikap terlalu optimistik apabila mengatakan bahawa “tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya”. Setiap penyakit ada ubatnya. Demikianlah ubat itu boleh dicipta dalam jangka masa yang segera ataupun terpaksa menunggu beberapa lama. Ia tetap ubat; dan masih dikatakan sebagai cara atau alat untuk mengatasi sesuatu penyakit walaupun memakan masa bertahun-tahun untuk merekaciptanya.
Dalam hubungan ini, visi dan misi yang dimaksudkan dalam Wawasan 2020 dan Jihad abad ke-21 itu sebenamya bukanlah ubat untuk mengatasi segala macam sifat keterbelakangan yang masih menyelubungi kehidupan sebahagian besar rakyat di negara ini, terutamanya di kalangan orang Melayu dan bumiputera umumnya. Tetapi ia merupakan formula-formula istimewa yang berperanan se­bagai tanda amaran awal atau first warning yang sempat difikirkan dan diinsafi segera oleh pihak yang berada dalam kepimpinan negara dalam usaha menyediakan, merangsang dan menggerakkan rakyat terhadap bentuk dan kemungkinan masa depan yang lebih mencabar dan bersaingan hebat dalam keadaan kepesatan perubahan yang berlaku di setiap pelosok dunia.
Bagi ahli UMNO dan orang Melayu umumnya, strategi dan asas pengentalan ketahanan diri yang berdasarkan amanah itu bukanlah luar biasa oleh sebab ia merupakan salah satu daripada empat sifat asasi kenabian dan ketauhidan yang perlu ada pada seseorang yang mengakui dirinya beragama Islam. Tiga lagi sifat berkenaan ialah sidiq, tabligh dan fatanah. Urutan yang lebih popular dalam hal ini bagaimanapun ialah sidik, amanah, tabligh dan fatanah.
Sehubungan dengan inilah, maka sebagai seorang Islam, saya flkir sudah tiba masanya persoalan dan isu-isu yang menimbulkan masalah dan desakan dalam gerakan belia di negara ini ditangani dengan empat perspektif yang dimaksudkan ini. Tetapi perlu diingatkan di sini, apabila pendekatan ini digunakan, ia tidak harus dilihat sebagai tidak lebih hanyalah semata-mata kerana sentimen keagamaan yang melulu atau oleh sebab ia merupakan suatu fesyen yang menjadi trend penyelesaian isu dan masalah semasa dalam masyarakat kita hari ini. Sesungguhnya seperti yang pemah dianjur- kan oleh Edward de Bono dalam tulisan-tulisannya mengenai akal manusia, pendekatan ini pun masih berpijak pada “topi hijau” beliau iaitu yang menunjukkan fikiran yang kreatif dan inovatif dandengan itu pula cuba mencari suatu sintesis atau penyesuian “logik air”, dan bukannya “logik batu” yang memperlihatkan masih adanya ruang dan kesempatan untuk mcmbuat ubahsuai terhadap earn bertindak mengikut bentuk, jenis dan sasaran penyelesaian masalah yang dilakukan itu.
Pada hemat saya, perspektif pertama iaitu sidiq memberikan ruang untuk dikcnal pasti dan difahami segala permasalahan itu sehingga dapat memperjelas rcaliti dan the truth: Apakah yang masih timbul dan menjadi masalah dalam gerakan dan pertubuhan belia? Apakah halangan atau batasan yang menyebabkan kelesuan dan kemerosotan berlaku di kalangan generasi ini? Apa masalah yang ada di kalangan pemimpin belia? Apa kelemahan yang ada pada sesebuah organisasi belia? Inilah beberapa soalan yang patut diperjelas secara jujur dan lengkap bagi memenuhi konsep sidiq itu.
Sesudah itu, dengan sifat amanah, segala masalah dan isu itu dianalisis dan dikelaskan mengikut darjah dan desakannya. Mung- kin sudah ada peruntukan bantuan, rancangan jangka pendek dan jangka panjang dan seumpamanya. Sifat ini juga sebenamya meng- hendaki setiap pihak memikirkan secara jujur dan ikhlas bahawa setiap tindakan, penglibatan dan keprihatinan mereka terhadap generasi belia bukanlah kerana mengharapkan sesuatu balasan yang ampuh dan bersifat peribadi tetapi dilakukan atas rasa keinsafan bahawa segala-galanya demi kepentingan bangsa dan nusa.
Dalam hubungan ini juga, mana-mana pihak yang benar-benar berpegang pada sifat amanah akan teruji dan perlu bersikap lapang dada untuk mengundurkan diri daripada pucuk pimpinan atau pemegangan apa-apa jawatan sekiranya merasakan bahawa ia terlalu sibuk dengan kerja-kerja lain, atau mcndapati bahawa kepimpinan- nya sudah tidak lagi berkesan dan bertenaga, atau merasakan bahawa sesudah beberapa lama mcmegang jawatan dan amanat ahli, sewajamya berundur untuk mcmberikan peluang kepada ahli yang lain menerajui pertubuhan.
Islam juga memerlukan pcnganutnya menunaikan tanggung- jawab tabligh atau “mcnyampaikan” atau “menyeru” orang lain. Dalam konteks pcrgcrakan belia, hal ini juga tidaklah menjadi suatu kesukaran di mana maklumat yang berkenaan dengan persatuan dan haluan serta trend tertentu generasi belia perlu dirancang, dihebah dan dilaksanakan bagi memenuhi kepentingan bersama pemimpin dan ahli. Konsep ini, secara mudahnya, bertujuan memupuk suatu sense of belonging yakni segala pengalaman, keistimewaan serta kelebihan yang tercapai itu seharusnya dikongsi bersama secara bertolak ansur, adil, dan sama rata. Dan untuk tujuan itu, ia memerlukan proses, prosedur serta pengurusan dan perancangan yang di dalamnya terkandung visi dan misi yang boleh difahami bersama di kalangan berbagai-bagai pihak yang prihatin terhadap kepentingan golongan belia. Tidak guna misalnya ditubuhkan sebuah lagi persatuan semata-mata kerana persatuan yang sedia ada dirasakan sudah usang, sudah tidak bertenaga dan ketinggalan zaman sedangkan masih ada beberapa options tertentu yang boleh digunakan untuk mengatasinya tanpa membazirkan belanja dan masa.
Segala tindakan dan usaha untuk mengatasi apa-apa jua masalah itu perlu dilakukan secara fatanah atau “bijaksana” dalam erti kata penyelesaian yang diusahakan itu haruslah boleh memuaskan semua pihak yang terlibat dalam permasalahan berkenaan. Untuk tujuan itu, maka ia memerlukan tahap-tahap bertindak yang tertentu seperti pengumpulan maklumat, analisis data, kaunseling, tindakan brain-storming, mesyuarat, dan seumpamanya dalam keadaan yang seimbang, terbuka dan komited. Misalnya, bekas-bekas pemimpin, yang walaupun kurang tinggi pendidikannya tetapi cukup luas berpengalaman dalam pergerakan belia, perlu didekati dan dibawa berunding sekali-sekala dalam menentukan strategi bertindak bagi memajukan sesebuah pertubuhan. Sementara pihak yang lain, yang mempunyai kepakaran dan pcngetahuan profesional, juga diperlukan dalam hal demikian. Tegasnya, “kebijaksanaan” bertindak itu bukanlah sesuatu yang rigid yang hanya dianggap milik mutlak satu-satu pihak tertentu sahaja dan hasilnya akan tcrdapat strategi penyelesaian tertentu yang mungkin berupa tindakan jangka pcndek dan jangka panjang, pendekatan pcndeknlan yang berbeza bcrdasarkan kumpulan sasaran dan seumpamanya lagi.
Sesungguhnya mencari kcbcnaran dan mcngatasi masalah bukanlah scsuatu yang sukar sekiranya setiap pihak bcrusaha dengan jujur dan ikhlas untuk melakukannya. Simposium ini barangkali merupakan titik awal dalam usaha ini.        
Nota: Tulisan ini asalnya satu kertas kerja yangtelah dibentangkan dalam Simposium Pengurusan Pembangunan Belia Kebangsaan, anjuran bersama Pusat Belia Kebangsaan, anjuran bersama Pusat Belia Antarabangsa Kementerian Bclia dan Sukan Malaysia, di Kuala Lumpur, 12 November 1991.

Sunday 25 March 2018

BAB 12: Dari GPMS Ke ABIM:


Jalan lain Dalam Kesinambungan kepimpinan Politik Melayu
Pengenalan
Sekiranya kita mclihat secara global akan penglibatan golongan belia atau orang muda dalam arena politik, maka sudah tentu akan kita temui begitu banyak maklumat mengenai peristiwa dan sumbangan yang mereka mainkan sepanjang sejarah perkembangan tamadun manusia seluruhnya.
Sesungguhnya pcranan golongan muda, kerana tenaga semula jadi mereka adalah lebih kuat, lebih produktif dan lebih berpotensi itu, semacam terkhusus dalam pelbagai bidang aktiviti walau dalam masyarakat mana sekalipun. Daripada berperanan sebagai gembala ternakan di dalam kehidupan kebanyakan suku kaum di Afrika, menjadi cowboy di ladang-ladang temakan di Amerika Syarikat atau juruselam dan awak-awak nelayan di pantai Bachok, Kelantan sehinggalah pada kedudukan sebagai pemimpin-pemimpin gerakan pelajar di kampus-kampus univesiti, menjadi ahli-ahli teknokrat dan korporat serta pemimpin-pemimpin pelapis dalam parti-parti politik, jelas memperlihatkan betapa besarnya potensi, peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan oleh golongan muda ini sejak sekian lama.
Menginsafi potensi dan peranan yang demikian besarnya beginilah, maka dalam banyak parti politik terdapat pasukan atau sayap pemudanya guna mcnggcmbleng tenaga muda ini untuk menggerakkan jentera parti dan merancang kesinambungan pcrjuangan politik mcrcka. Ini merupakan satu fesyen yang juga sejagat sifatnya. Scbagai misalannya, salah satu langkah penting yang dilakukan olch Vladimir Ilyich Ulyanov Lenin sesudah memenangi gerakan dan Revolusi Bolshevik di Russia dalam tahun 1917 ialah menubuhkan barisan Pemuda Komunis. Tujuan asasi pasukan yang dinamakan sebagai KOMSOMOL (Kommuni-stlcheski soinz Molodtzhi – Communist League of Youth) ini ialah untuk mcmastikan bahawa pengembangan dan perjuangan ideologi dan parti Komunis itu dapat dipertahankan dan diteruskan sampai bila-bila.
Kepentingan ideologi dun politik ini, sama ada dalam keadaan yang nyata ataupun semata-mata untuk keperluan logistik jangka panjang sesuatu perjuangan , baik dalam masyarakat Komunis ataupun ataupun demokrasi, merupakan suatu proses yang dimaksudkan oleh Maurice Duverger dalam bukunyn, Political Parties, (1967: 54) sebagai ideological decentralization. Proses decentralization of ideology  bagi sesebuah parti politik yang pragmatik seperti UMNO misalnya adalah bcrguna dalam memperluas pengaruh parti dan menangani segala kemungkinan dan perbezaan yang jelas pada ciri-iri politik kedaerahan, perpecahan dan sikap berpuak-puak dalam parti. Matlamat “penyebaran ideologi” sedemikian rupa dijangka akan merangsang wujudnya suasana perbincangan, persaingan intelektual (intellectual rivalry) serta kebebasan berpolitik, misalnya menentukan dan melatih pemimpin di kalangan barisan pemimpin pclapis dan ahli-ahlinya.
Namun dalam apa pun keadaannya, haruslah diinsafi bahawa kcpcrluan mewujudkan parti dalam parti tersebut tampaknya telah merebak dan menjadi ikutan dalam banyak masyarakat koloni yang sedang memperjuangkan kemerdekaan masing-masing selepas Perang Dunia Kedua. Hal ini penting diberikan perhatian kerana kemunculan beberapa organisasi ala-KOMSOMOL seperti Pertubuhan Pemuda Nazi di Jerman dalam tahun 1940-an dan Pasukan Gadna di Israel umpamanya tidaklah didasarkan pada kuantiti atau bilangan rakyat mudanya, tetapi adalah sebagai suatu tuntutan dan lojistik politik kepartian.
Hal yang sama tampaknya pada akhir-akhimya telah merebak dan meluas ke dalam banyak masyarakat koloni di luar Eropah. Kegiatan-kegiatan berpersatuan sukarela di kalangan orang muda yang bukan politik seperti yang banyak terdapat di Amerika Syarikat tampaknya menjadi kurang perlu dalam urusan kepartian dan proses sosialisasi politik.
Sehubungan dengan itu, maka wajar juga kalau disebutkan di sini bahawa tidak semua badan atau pertubuhan sukarela ini dapat memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak dalam memper- juangkan kepentingan ahlinya. Malahan banyak daripadanya sekadar bertaraf kumpulan kepentingan yang biasa yang lebih banyak bertindak pro-establishment, lebih bersedia mengelakkan diri daripada bertindak secara radikal dan vokal, mengelakkan diri daripada menanggung risiko yang menyebabkannya dilabelkan sebagai anti-establishment. Sekiranya hal-hal ini tidak dapat dielakkan, ia mungkin dianggap menjejaskan kedudukan dan kepentingan pemimpin dan ahli-ahli kumpulan belia itu sendiri.
Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan bahawa banyak pergolakan dalam masyarakat itu sendiri mempengaruhi corak tindakan dan suasana radikal tidaknya tindakan dan gerakan tenaga kolektif belia. Radikalisme itu sendiri tidaklah menjadi konotasi mutlak dalam sejarah gerakan belia di Malaysia; tetapi mereka sesungguhnya menjadi satu ejen kemasyarakatan yang penting yang boleh menggerakkan dan menentukan masa depan masyarakat (Leopold Rosenmayr, 1979).
Hal ini ada relevannya yang tertentu dalam konteks pengajian sejarah sosial dan politik Malaysia umumnya. Memang benar pendapat yang mengatakan bahawa telah banyak diperlihatkan kepen­tingan golongan muda dan fahaman atau pegangan perjuangan orang muda sejak zaman Hang Tuah lima sahabat di Melaka dan seterusnya pada persaingan golongan tua dan golongan muda dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia Pertama sehinggalah kemunculan Persatuan Sahabat Pena, penglibatan orang muda dalam politik
kepartian dalam Angkatan Pemuda Insaf (API) dan seumpamanya, Pergerakan Pemuda UMNO, dan malahan kepada politik UMNO hari ini. Ada antara bekas pemimpin gcrakan pelajar-belia itu kemudiannya telah terlibat secara langsung dan menjadi pemimpin parti politik pula. Arena perjuangan mereka melalui mata pena dan kegiatan sosiobudaya telah banyak diperkatakan, khususnya dalam kcgiatan politik antipenjajahan.
Namun begitu, selain perjuangan melalui tulisan dan media massa, yang boleh dianggap missing link yang sepatutnya telah banyak diberikan perhatian dalam hal ini ialah analisis terhadap pcrtumbuhan, keterlibatan serta pengkaderan pimpinan dalam organisasi gerakan belia dan sumbangan gerakan ini dalam politik kebangsaan, khususnya selepas Perang Dunia Kedua. Hal ini dikira pcnting kerana di sebalik wujudnya cabang-cabang organisasi atau jawatankuasa khusus mengenai golongan belia dalam pergerakan parti induk seperti Pemuda UMNO, Pemuda MCA, Pemuda PAS, Pemuda MIC, Wanita UMNO, Wanita MCA dan seumpamanya itu, yang turut memainkan peranan tertentu dalam usaha mengisi kcmerdekaan, ternyata bahawa badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan belia bukan politik itu juga sebenamya menjadi jalan lain yang berperanan untuk memberikan erti pada usaha pembinaan bangsa dan pemupukan satu identiti negara-bangsa Malaysia. Dan yang lebih mendesak daripada itu adalah dalam meneruskan kesinambungan kepimpinan politik dan negara.
Hanya malangnya oleh sebab jalan lain ini sering menyebabkan rekrutmen kepimpinan melalui badan-badan bukan parti politik itu menjadikan seseorang itu sebagai jaguh politik payung terjun yang mendarat pada lapangan yang serba terencana dan lengkap, maka mereka ini pula seringkali dianggap tidak lebih sebagai pemimpin ingus-ingusan yang barn setahun jagung, yang bemasib baik kerana dinaungi, bahkan menjadi terlalu cepat matang sehingga dalam masa yang sama mengukuhkan lagi tradisi politik naungan (tokoh-tokoh begini perlu dinaungi oleh pemimpin dan ketua-ketua tertentu di peringkat yang lebih tinggi).
Dalam politik UMNO khususnya, tanggapan dan perkembangan seperti ini memang sering kedapatan bilamana seseorang itu dijadikan calon pilihan raya UMNO tanpa berpengalaman dan melalui ritual politik dan pendedahan tertentu budaya UMNO sebagaimana yang banyak diharapkan oleh ahli - dari peringkat bawahan/cawangan sehinggalah peringkat bahagian - untuk beberapa tahun lamanya pula.
Latar Belakang Ringkas Pcrtumbuhan Badan-badan Belia
Dalam membincangkan pertumbuhan badan-badan belia ini, satu perkara yang dapat diperhatikan adalah mengenai proses penajaan penubuhannya. Penubuhannya boleh jadi secara semula jadi atas tuntutan dan pergaulan berdasarkan minat dan tingkah laku semula jadi. Misalnya kawan-kawan sepermainan yang sebaya umumya. Satu contoh menarik dalam hal ini ialah kumpulan Hang Tuah lima bersahabat. Mereka bukanlah sebuah organisasi belia per se tetapi cukup baik untuk dilihat sebagai satu kumpulan anak-anak muda yang terkelompok oleh kerana minat dan ciri-ciri tingkah laku mereka yang sama: sebagai orang muda yang terlibat secara langsung dalam seni mempertahankan diri, permainan senjata dan menjadi pahlawan istana Melaka.
Satu lagi ialah penajaan yang dibuat oleh pihak-pihak yang berkuasa atau oleh state. Maksud penajaan (sponsorship) di sini ialah bilamana usaha penubuhan sesebuah badan atau pertubuhan belia itu dilakukan atau melibatkan pihak kerajaan seperti pegawai dan kakitangannya yang tertentu, khususnya di peringkat awal. Dalam konteks lima buah persatuan belia Melayu yang menjadi teras perbincangan dalam kertas ini - GPMS, MAYC, Belia 4B, PKPIM dan ABIM - dapat diperhatikan bahawa dua daripadanya adalah yang dirancang penubuhannya oleh pihak kerajaan, dan yang tiga buah lagi diusahakan oleh sekumpulan pemimpin dan aktivitis pelajar-belia Melayu yang merasai beberapa kepentingan tertentu orang Melayu tersisih daripada arus perkembangan semasa.
Pertumbuhan Badan-Badan Sebelum Perang Dunia Kedua
Kewujudan kelompok atau badan-badan belia sebagai satu kelompok sekunder dalam mana-mana masyarakat sekalipun adalah tidak lain discbabkan olch naluri (instinct) ingin hidup berkelompok yang mcnjadikan manusia dikatakan sebagai haiwan sosial. Hubungan sosial begini, tcgasnya adalah satu naluri semula jadi manusia. Hanya kepentingan tcrtcntu sahajalah yang boleh mengukuhkan dan menentukan kelangsungan atau survival kclompok demikian. Misalnya, berkenaan dengan Hang Tuah dan lima sahabatnya itu: ikatan mereka adalah lebih lama kekalnya kcrana mereka mempunyai satu kepentingan yang serupa iaitu ketcrampilan bermain senjata dan semangat kepahlawanan dalam scbuah rejim politik feudal. Sementara itu imej yang terhasil daripada ikatan mereka lima bersahabat itu diabadikan sebagai scbahagian legenda pertahanan, kekuatan dan konsep wira bangsa Melayu yang diberi nilai-nilai positif tertentu untuk mengukuhkan semangat dan ciri hidup kemelayuan itu dari generasi ke satu gcnerasi sehinggalah hari ini.
Sebenamya kita tidak pemah dapat memisahkan kepentingan tenaga dan golongan belia, yang biasanya dimaksudkan bagi orang- orang muda yang berusia antara 15 hingga 35 atau selebih-lebihnya 40 tahun, daripada kepentingan kelompok keseluruhanya. Demikian juga dalam pertumbuhan dan perkembangan masyarakat tempatan. Tetapi sekurang-kurangnya dengan merujuk pada legenda kepahlawan Hang Tuah dan semangat Hang Jebat, di samping penemuan-penemuan kajian antropologikal yang sebanding dalam beberapa buah komuniti kecil dan sederhana di luar Malaysia umumnya, nyatalah bahawa secara umumnya kewujudan fenomena dan kepentingan golongan muda ini adalah bersifat sejagat, melengkapi keperluan hidup kelompok masing-masing dengan tugas dan jangkaan peranan tertentu, misalnya untuk mengerjakan aktiviti ekonomi, untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan dan seumpamanya sebagai warisan generasi mereka pada masa hadapan. Hal inilah yang sering dikatakan sebagai Pemuda Harapan Bcmgsa, Pemudi Tiang Negara itu (cf.S.N. Eisenstadt, 1956; James S. Coleman, 1974).
Maka itu, dalam beberapa rakaman hasil kesusasteraan Melayu misalnya, jiwa remaja dan orang muda yang seringkali digambarkan dengan penuh romatik itu tersimpan potensi tertentu yang boleh sahaja digunakan untuk menjalankan peranan dan tugas tertentu kepada masyarakat dan bangsa. Orang-orang mudalah yang menjadi kumpulan pengikut dan tenaga penting bagi ketua-ketua feudal atasan dan tempatan bagi kelangsungan sistem sosiopolitik tersebut. Dalam Hikayat Pelayaran Munshi Abdullah ke Kelantan misalnya, golongan inilah yang menjadi tenaga perang yang penting bagi anak-anak raja yang merebut takhta kerajaan di negeri Kelantan. Demikian juga dalam masyarakat Melayu di Perak dalam sistem politik bumiputeranya sebagaimana yang pernah dihuraikan oleh beberapa orang penyelidik dan sarjana. (cf. J.M. Gullick, 1970; Shaharuddin Maaruf, 1984).
Dalam zaman awal pentadbiran Inggeris di negeri-negeri Melayu, golongan muda tempatan menjadi tenaga penting yang telah digunakan untuk menjaga keselamatan awam, dalam Pasukan Polis misalnya. Tetapi, di samping terlibat juga dalam gerakan kecil-kecilan pemberontakan menentang kuasa kolonial itu sebagai suatu wadah semangat bencikan orang asing (xenopobhia), yang lebih istimewa daripada itu ialah penglibatan orang-orang muda tempatan dalam beberapa jenis permainan sukan yang diperkenal- kan oleh pihak kolonial. Pertumbuhan bandar-bandar baru serta cara hidup Inggeris yang tertentu telah mengembangluaskan beberapa bentuk budaya popular massa, khususnya budaya popular (seperti bangsawan, opera dan seterusnya filem) serta budaya kesukanan seperti permainan bola sepak, hoki, kriket dan juga tenis. Pertum­buhan kelab-kelab bola sepak dan juga minat terhadap permainan bola sepak di kalangan masyarakat tempatan sehingga hari ini mulai dipupuk sejak itu (W. R. Roff, 1974; Wan A. Kadir, 1988 & 1992).
Di samping itu, satu lagi pengaruh penting cara hidup Inggeris yang berkenaan dengan orang muda ialah pertumbuhan badan- badan belia yang berorientasikan ajaran agama Kristian. Dua tujuan penting dapat dikesan dalam hal ini. Pertama untuk menjadi saluran pengembangan agama Kristian di kalangan orang muda tempatan, khususnya bagi pegawai-pegawai muda Inggeris sendiri di samping para penganut baru agama tersebut. Dan yang kedua adalah untuk tujuan pendidikan moral dalam konteks pengembangan pendidikan Inggeris umumnya (cf.R. Hunt, L.K. Hing & J. Roxborogh (eds), 1992).
Dua buah pertubuhan belia yang diusahakan pengembangannya di sini dalam hal-hal moral dan keagamaan ini ialah Youngmen Christian Association (YMCA) (ditubuhkan di Tanah Melayu, 1905) dan Youngwomen Christian Association (YWCA) (1914). Kedua- duanya adalah yang dibawa masuk dari Eropah. Sementara itu, beberapa konsep gerakan belia berunifom bagi murid-murid sekolah juga diperkenalkan, iaitu Pasukan St. John Ambulance (1908), Pasukan Pengakap (1910), Pandu Puteri (1917). Sehingga menjclangnya Perang Dunia Kedua, peranan dan kedudukan persatuaii-pcrsatuan yang bercorak keagamaan Kristian ini adalah jauh IetJih penting daripada kebanyakan persatuan sukarela golongan belia yang lain. Beberapa fellowship Kristian juga turut bergiat dalatn kedua-dua lapangan iaitu agama dan pendidikan, misalnya Met­hodist Fellowship dan Catholics Youngmen Association (CYMA).
Pertumbuhan Gerakan Belia Selepas Perang Dunia Kedua
Konsep gerakan belia berpersatuan yang moden di kalangan golongan belia Melayu adalah fenomena selepas Perang Dunia Kedua. Dalam perkembangan yang dianggap baru ini, sesebuah per­satuan sukarela, termasuk persatuan belia, dikehendaki didaftarkan terlcbih dahulu sebelum dibenarkan bergerak secara sah mengikut peraturan-peraturan yang dimaktubkan dalam Akta Pertubuhan. Persatuan ini dikecualikan bagi mana-mana persatuan sukarela yang merupakan pengembangan atau cawangan sesebuah badan induknya yang telah didaftarkan mengikut Royal Charter tertentu (Hussain Mohamed, 1983).
Perkembangan politik selepas Perang itu, khususnya gerakan antipenjajahan ekoran daripada rancangan penubuhan Kesatuan Malaya, menjadi dorongan awal yang membantu melahirkan persatuan belia Melayu melalui kesedaran politik tertentu di kalangan sebilangan aktivis pelajar-belia Melayu. Hal ini dapat diperhatikan daripada kelahiran GPMS dalam tahun 1948.
Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (1948)
Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) atau nama asalnya sebagai Federation of Malay Students' Union, Malaya adalah salah satu nama yang akan kekal abadi sebagai sebuah pertubuhan sukarela pelajar yang ditubuhkan pada zaman kolonial oleh para pelajar Melayu yang memperjuangkan dan mempertingkatkan taraf dan kemajuan pendidikan Melayu sejak berakhimya Perang Dunia Kedua.
Sesungguhnya sejarah pertumbuhan dan perkembangan GPMS berkaitan secara langsung dalam memperjuangkan usaha untuk mengatasi suasana kemajuan pendidikan pelajar-pelajar Melayu dalam institusi-institusi pengajian tempatan selepas Perang Dunia Kedua yang rata-ratanya adalah daif, terkebelakang dan berhadapan dengan saingan yang cukup sengit daripada pelajar bukan Melayu.
Keinsafan terhadap kemajuan pendidikan itu menjadi lebih mendesak lagi dalam tahun 1945 - 48 oleh sebab pergolakan politik Tanah Melayu ekoran daripada kekalahan tentera Jepun, kembalinya semula pemerintahan Inggeris, tindakan-tindakan politik radikal Pasukan Bintang Tiga, dan seterusnya projek Malayan Union. Semuanya ini mendorong dan memerlukan pelajar-pelajar ini bersatu dan bekerjasama untuk menangani nasib dan masa depan bangsa mereka tanpa mengira asal keturunan atau perbezaan negeri asal mereka..
Dua orang individu utama yang menggerakkan usaha penubuhan GPMS itu ialah dua orang pelajar Melayu, iaitu Dr. Abd. Wahab Mohd. Ariff dan Aminuddin Baki di samping para pendukung dan pengasas Kesatuan Persuratan Pelajar-pelajar Melayu Selangor.
Sungguhpun nama Dr. Abd. Wahab Ariff memanglah kurang dikenali umum beliau merupakan pelajar terbaik Penang Free School dalam peperiksaan Senior Cambridge dalam tahun 1937. Kejayaannya itu membolehkannya diberi kepercayaan untuk memimpin Malay Boys League, sebuah organisasi pelajaran dan sosial pelajar-pelajar Melayu yang berhasrat untuk memper­tingkatkan prestasi mereka dalam pelajaran dewasa itu. Ketika itu Abd. Wahab berusia 18 tahun. Dalam tahun 1939, beliau terpilih untuk melanjutkan pelajaran di King VII College of Medicine, Singapura.     
Dalam tempoh yang sama, kesedaran dan keinsafan yang serupa juga mendorong sekumpulan pelajar Melayu di Victoria Institution, Kuala Lumpur menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan sebagai Kesatuan Penuntut-Penuntut Melayu Victoria Institution dengan rasminya dalam satu mesyuarat penubuhan pada 20 Nov. 1945. Mulai 11 Febuari 1946, namanya ditukarkan sebagai Kesatuan Persuratan Penuntut-Penuntut Melayu Kuala Lumpur (KPPMKL).
Aktiviti KPPMKL telah bcrkcmbang dan mendapat sambutan sehingga tertubuhlah sebuah persatuan yang lebih bcsar pada awal tahun 1947 yang dikenali sebagai Kesatuan Persuratan Penuntut-Penuntut Melayu Selangor (KPPMS). Antara mereka yang kemudiannya meneruskan pengajian di Kolej Perubatan dan juga Rallies College di Singapura ialah Mohamed bin Mohd. Noor, Wan Sulaiman Pak Wnn Teh, Asraf bin Hj. Abd. Wahab, Siti Hasmah Mohd. Ali, Radiah Mohd. Ali, Ann Abd. Majid, Hanum Sulaiman, Nyaros Othman, Abd. Hamid Hj. Yahya, Shukor Ayob, Wan Ariffin Pak Wan Teh, Wan Mahmud Pak Wan Teh, dan Wan Hassan Pak Wan Tch. Antara tujuan penubuhan KPPMS ialah:
(a) mcncegah pemberhentian penuntut-penuntut Melayu dari sekolah Inggeris sebelum tamat pelajaran mereka ...pem­berhentian ini sering berlaku kerana kesempitan hidup atau berumahtangga pada kadar umur yang “awal”,
(b) menubuhkan satu derma pelajaran bagi membantu penuntut-penuntut yang ada cita-cita hendak meneruskan pelajaran tetapi tidak ada keupayaan, (tabung derma ini dinamakan “Badan Derma Pelajaran Melayu Kuala Lumpur”),
(c) menggalakkan penuntut-penuntut belajar bersungguh dan memberi didikan kepada mereka yang lemah dalam pelajaran dengan mengadakan kelas-kelas bimbingan.
Perkembangan seterusnya memperlihatkan Abd. Wahab Mohd. Arif, serta sebilangan pelajar yang mengasaskan penubuhan KPPMS meneruskan pengajian mereka di Singapura dan bertemu pula dengan seorang lagi penuntut Melayu yang sama prihatinnya dalam hal ini iaitu Aminuddin Baki, berasal dari Chemor, Perak untuk menubuhkan GPMS. Tempat pertemuan ialah di Singapura. Lontaran idea tentang betapa pentingnya ditubuhkan sebuah pertubuhan pelajar Melayu bertaraf kebangsaan telah dibuat dalam pertemuan majlis makan awal tahun 1948 Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Maktab Raffles pimpinan Abd. Wahab Mohd. Arif.
Pertemuan itu telah melahirkan sebuah Jawatankuasa Penaja untuk meralisasikan hasrat itu yang dianggotai oleh:
Pengerusi: Abd. Wahab Mohd. Ariff
Setiausaha: Aminuddin Baki
Pen. Setiausaha: Ahmad Ridduan Hj. Zainuddin Bendahari         : Abdullah Majid
Wakil Pemudi/Wanita: Siti Hasmah Mohd.
Ali Ahli-ahli:
Mohamed Noor Marahakim
W. Sulaiman Pak Wan Teh
Abd. Rahim Ishak
Jawatankuasa ini telah menganjurkan kongres penubuhan GPMS bertempat di Maktab Teknik, Kuala Lumpur (sekarang kampus Universiti Teknologi, Jalan Gurney, Kuala Lumpur). Pengerusi bagi kongres yang diadakan pada 14-15 Ogos 1948 itu ialah Aminuddin Baki. Kongres ini telah dihadiri oleh perwakilan tujuh buah persatuan pelajar Melayu dari sekitar Kuala Lumpur, juga dari Perak dan Pahang. Ia dirasmikan olehR.P.S. Walker yang mewakili H.R.Cheeseman, Pengarah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu dewasa itu. Hasilnya tertubuhlah sebuah persatuan kebangsaan yang dikenali kemudiannya sebagai Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Pucuk pimpinannya yang pertama yang dipilih dalam kongres berkenaan terdiri daripada:
Yang Dipertua: Abd. Wahab Mohd. Ariff (Kolej Perubatcm)
Naib YDP: Ismail Majid (Maktab Teknik)
S/Usaha Agung: Khalid Nasir (Maktab Pertanian)
Bendahari: Ahmad Z. Abidin Yusuf (KPPMSV K Lumpur)
Ahli-ahli:
Tahir Majid (Maktab Teknik)
Abd. Rahim Hussin (KPPMInsaf, Perak)
Ann Majid (KPPMS/KLunipur)
Abd. Aziz Rawi (KPPM Pahang)
Ahmad Salleh (KPPMS)
Sebagai satu manifestasi perjuangan nasionalisme di kalangan pelajar Melayu yang lebih besar dan menyeluruh, GPMS menjadi arena penting bagi beberapa orang tokoh pelajar dan seterusnya menjadi salah satu saluran kesinambungan golongan eljt Melayu baru yang dihasilkan oleh sistem pendidikan Inggeris dan kebang­saan, sebelum dan selepas Merdeka. Secara simbolik, misalnya, Dato Onn Jaafar telah dilantik sebagai penaung GPMS yang pertama.
GPMS menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM) sejak tahun 1968 dan sehingga kini telah berjaya mengangkat martabat dan kesedaran ahli-ahlinya khususnya dan pelajar-pelajar Melayu umumnya. Selain Dr. Wahab Mohd. Ariff, beberapa orang tokoh lain turut mengukir nama masing-masing dalam memajukan GPMS di samping membangunkan negara umumnya. Tetapi yang tampaknya jauh lebih terkemuka dikaitkan dengannya ialah Aminuddin Baki, Presidennya bagi tahun 1951 - 53, seorang tokoh penting dalam pendidikan negara. Beliau menjadi Presiden GPMS dalam tahun 1951 hingga 1953. Seorang lagi ialah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang kedua, juga bekas menteri, Allahyarham Datuk Ali Hj. Ahmad yang menjadi Presidennya dalam tahun 1952-55. Allahyarham meninggal dunia dalam kemalangan kapal terbang di Tanjung Kupang, 1973.
Tokoh politik semasa yang seringkali dikaitkan dengan GPMS ialah Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi, anak seorang ulama terkemuka di Kepala Batas, Seberang Perai yang pernah terlibat dalam kepimpinan dan penubuhan Parti UMNO. Datuk Abdullah memimpin GPMS dalam tahun 1962 dan 1963; memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia selepas lulus daripada Unjversiti Malaya (1964) dan pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan selepas tragedi Peristiwa 13 Mei. Datuk Abdullah yang dilahirkan dalam tahun 1939 itu telah ditugaskan sebagai Pengarah Belia, di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia dalam tahun 1971, dan memasuki barisan kepimpinan UMNO mulai dalam pilihan raya tahun 1978. Beliau pernah menjadi Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Wilayah Persekutuan (1978 - 80), Timbalan Menteri di Kementerian yang sama (1980 - 81); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982 - 84) dan Menteri Pelajaran (1984 - 86), sebelum ditukarkan ke Kementerian Pertahanan (1986 - 87). Beliau sekarang (1992) adalah salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden UMNO dan berjawatan sebagai Menteri Luar Malaysia.
Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
Nama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia sebenamya lebih dikenali sebagai MAYC (Malaysian Association of Youth Clubs). Dari segi sejarahnya, MAYC adalah sebuah pertubuhan belia yang tradisi dan identitinya berasal mula daripada National Association of Youth Clubs (NAYC), iaitu sebuah badan gabungan kebangsaan kelab-kelab belia di Britain yang begitu popular dalam dekad 40-an dan 50-an.
Nama MAYC yang bermula sebagai Malayan Association of Youth Clubs ialah satu gagasan bertujuan menjadi badan gabungan atau badan induk kebangsaan yang menggabungkan berbagai-bagai kelab dan persatuan belia peringkat tempatan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Matlamat pergerakan MAYC umumnya adalah bersifat sosio- ekonomi dan tertumpu ke kawasan bandar. Ia pada mulanya diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk memenangi dan menghindari para pemuda-pemudi di negara ini daripada diresapi dan dipengaruhi oleh ideologi komunis. Sewaktu MAYC ditubuhkan, sememangnya sudah ada Majlis Belia Malaya (ditubuhkan dalam tahun 1950) yang sepatutnya menjadi badan induk kebangsaan yang menggabungkan berbagai-bagai badan belia. Namun oleh sebab MBM ketika itu lebih banyak memberikan tumpuan pada kegiatan di peringkat antarabangsa, maka kegiatannya sebagai badan induk penyelaras kegiatan belia di peringkat domestik menjadi tidak berkesan dan kurang memuaskan.
Penubuhan MAYC melibatkan tiga pihak yang menjadi penajanya. Pertama ialah Bahagian Belia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (yang ditubuhkan dalam tahun 1953); kedua, Majlis Belia Malaya; dan ketiganya, pihak British Council. Antara mereka yang terlibat itu ialah F.C.Arulanandom, (Peguam/Presiden MBM 1953 - 54); Ching Thin Huat (Guru/Susaha Agung MBM 1953 - 54); D.G. Smith (Pegawai Belia/Bendahari MBM 1953 - 54); Tan Hock Lin (Pekerja sukarela/AJK MBM 1953 - 54); R.K. Brady (Pegawai British Council); W. Amslie (Pegawai British Council); M.C.ff. Sheppard (Pegawai Malayan Civil Service); A. R. Allen (Penasihat Belia di Jabatan KebajiKan Masyarakat); dan juga Yaacob A. Latif (Pegawai Penerangan Kanan).
Langkah pertama yang dilakukan oleh mereka ini ialah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Sementara MAYC yang terdiri daripada:
Pengerusi: M.C.ff.Sheppard
Naib Pengerusi: Yaacob A. Latif
Setiausaha: A. R. Allen
Bendahari: D. G. Smith
Ahli-ahli:
F. C. Arulanandom
W. Emslie
Chong Thin Huat
J. Siow Loong Hin
Helen Tan
Mesyuarat penubuhannya secara fasmi telah diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Januari 1954, dan M. C. ff. Sheppard, Yaacob
Latif, serta D. G. Smith kekal pada jawatan masing-masing. Jawatan setiausaha yang dipegang oleh A.R. Allen telah digantikan oleh M. D. Milman, juga daripada Bahagian Belia, Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum ia diambil alih oleh YM Tunku Abdullah ibni al-Marhum Tuanku Abd. Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ketika itu berjawatan pegawai Malayan Civil Service, dengan jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (1952 - 54). M. C. ff. Sheppard sendiri sebenarnya telah dilantik menjadi Penasihat Inggeris di Negeri Sembilan sekitar tahun 1954 - 55.
Sebagaimana pertubuhan belia yang lain, matlamat pergerakan MAYC juga adalah untuk mengerakkan, menyatukan dan memajukan golongan belia umumnya serta ahli-ahli, yang berbagai-bagai kaum dan keturunan, dalam badan-badan gabungannya, khususnya. Sebagai sebuah pertubuhan yang ditubuhkan dalam zaman kolonial, MAYC berusaha untuk memberikan perhatian istimewa kepada golongan ini, khususnya di kalangan belia kawasan bandar dan kampung-kampung baru. Hal ini menjadikan MAYC agak popular dan mendapat sambutan yang baik di kalangan belia bukan Melayu dalam tahun-tahun awal perkembangannya.
Tunku Abdullah telali mengambil alih pucuk pimpinan MAYC mulai tahun 1956 sehinggalah beliau digantikan dalam tahun 1971, iaitu kira-kira selama 15 tahun. Beliau sekarang adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Kewangan MBF serta pengasas/ Pengerusi Kumpulan Melewar, sebuah syarikat pemiagaan yang terkemuka. Dalam tempoh 1971 - 1972, MAYC dipimpin oleh Syed Ahmad Idid, seorang peguam yang pernah menjadi Setiausaha agungnya dalam tahun 1970. Beliau sekarang berjawatan Hakim Mahkamah Tinggi. Pada umumnya, sehingga tahun-tahun 1970-an, kepimpinan MAYC ketara sekali dilibati oleh kalangan kakitangan awam dan swasta, termasuk golongan profesional seperti peguam dan akuantan, serta kalangan ahli perniagaan, berbanding dengan satu dekad yang lalu ia turut diminati dan disertai oleh tokoh-tokoh politik tertentu di peringkat tempatan.
Dalam tahun 1971, Sanusi Junid telah mengundurkan diri daripada ABIM yang turut diasaskan penubuhannya itu untuk bergiat aktif dalam MAYC. Beliau telah dipilih menjadi Setiausaha Agung; dalam tahun berikutnya beliau dipilih menjadi Naib Yang Dipertua II; dan mulai tahun 1973, beliau terus-menerus menjadi Presiden MAYC sehinggalah sekarang (Ogos, 1992). Beliau yang dilahirkan dalam tahun 1945, berpengalaman sebagai pegawai bank, mulanya memasuki sebuah cawangan UMNO di Seremban dalam tahun 1963; memenangi kerusi Parlimen kawasan Jerai atas tiket UMNO dalam pilihan raya umum 1974, dan pernah dilantik men­jadi Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (1978 - 80); Timbalan Menteri di Kementerian Tanah dan Pembangunan Lu*r Bandar (1980 - 81) dan seterusnya sebagai Menteri di Kementerian Tannh dan Pembangunan Luar Bandar (1981 - 86), dan selepas itu sebagai Menteri Pertanian. Beliau pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Parti UMNO (1984 - 87).
Scmcntara itu, Setiausaha Agung dalam tahun pertama Sanusi mcngambil alih pucuk pimpinan MAYC itu ialah Rahmah Othman (bekas Timbalan Kctua Pergerakan Wanita UMNO, bekas Timbalan Menteri dan jawatan politik terakhir, bekas Ketua Pergerakan Wanita Parti Semangat 46), dan dalam dua tahun berikutnya, jawatan tersebut dipegang semula oleh Mohd. Taib Wahab, seorang pegawai swasta, yang pernah memegangnya dalam tahun 1972. Mulai tahun 1977 sehingga sekarang (Ogos 1992), jawatan setia­usaha agung MAYC dipegang oleh Mohd. Nazim Yahaya, seorang ahli pemiagaan dan aktivis politik UMNO di kawasan Hilir Perak.
Dalam politik belia, MAYC bergerak secara sederhana. Ia menjadi ahli gabungan MBM sehinggalah tahun 1978 bilamana ia menarik diri daripada MBM di peringkat kebangsaan. Ini adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan MBM menerima semula kemasukan beberapa pertubuhan belia seperti Belia 4B yang dianggap telah “mengkhianati” MBM di saat-saat genting MBM menghadapi tekanan pelbagai pihak untuk membubarkannya atas dakwaan sebilangan pemimpin MBM terlibat dalam Demonstrasi Pelajar-Baling bulan Disember 1974. MAYC adalah satu-satunya ahli gabungan MBM yang berusaha keras “menyelamatkan” MBM daripada “dibubarkari' sewaktu beberapa orang pemimpin MBM seperti Anwar Ibrahim berada dalam tahanan ekoran daripada demonstrasi 1974 itu.
Memang terdapat persaingan tertentu antara MAYC; dengan 3elia 4B tetapi tidaklah begitu ketara dan membimbangkan. Hal ini terjadi kerana penubuhan Belia 4B itu sendiri disebabkan oleh beberapa kelemahan tertentu MAYC dalam menangani keperluan aktiviti persatuan-persatuan belia, terutamanya yang terdapat di kawasan luar bandar.
Sementara itu, salah satu konsep pergerakan MAYC yang diperkenalkan dalam tahun 1976 oleh Datuk Sanusi, bertujuan untuk memajukan ahli-ahlinya ialah yang dinamakan MENJARO. Konsep ini berupa cara-cara untuk mempersiap dan memajukan Mental Jasad dan Rohani ahli-ahli MAYC khususnya, dan golongan belia umumnya, dalam menyediakan diri mereka untuk memenuhi tuntutan dan kerja-kerja pembangunan sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan dalam tahun 1970.
Kegiatan badan-badan belia yang bergabung dalam MAYC adalah berbagai-bagai. Kemajuannya dalam bidang sosioekonomi pernah tergenjat dalam tahun-tahun 1960-an kerana ahli-ahlinya lebih berminat pada kegiatan hiburan dan keseniaan. Pergerakannya kembali aktif pada awal tahun 1970-an dengan berubahnya pucuk pimpinan. Namun beberapa tradisi pergerakan belia telah diwujud- kan seperti kegiatan sosioekonomi dan juga pertukaran belia di peringkat antarabangsa (khususnya dengan belia Jepun). Di samping itu, sesuai dengan perubahan sosio-ekonomi, ahli-ahlinya juga bergiat dalam berbagai-bagai jenis pemiagaan. Ini termasuklah yang dilakukan di peringkat kebangsaannya sendiri dengan asrama dan pusat aktivitinya yang bertempat di Wisma Belia merupakan salah satu lambang istimewa kewujudan MAYC sehingga hari ini.
Perkembangan awal Persatuan Belia 4B Malaysia
Sebuah lagi pertubuhan belia yang penting di kalangan orang Melayu ialah Pertubuhan Belia 4B Malaysia. Sebenarnya nama Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia atau lebih terkenal sebagai Belia 4B ialah salah sebuah daripada kira-kira 30 buah pertubuhan belia di negara ini yang masih bergabung dan menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM).
Penajaan penubuhan pertubuhan ini berdasarkan konsep gerakan dan pertubuhan belia di Amerika Syarikat yang terkenal dengan gagasan 4H Youth. 4H itu adalah singkatan untuk Head, Heart, Health dan Hand yang memperlihatkan nilai-nilai positif dan kewujudan seseorang individu yang rajin, berhemat, waras, berdaya usaha, serta mefijaga keadaan kesihatannya untuk membolehkannya berbakti kepada negara dan bangsanya. Maka itu, konsep ini telah dianggap boleh diterima-pakai dan disesuaikan bagi memajukan golongan belia di negara ini. Konsep 4B itu dimaksudkan rtienjurus pada nilai-nilai positif sebagai “Bersatu", “Belajar ", Bekerja" dan “Berhhidmat ”.
Gagasan pergerakan Belia 4B telah dicetuskan dalam “Seminar Kerja-kerja Belia Se-Tanah Melayu” yang diadakan pada 22 Disember 1965 di Pusat Latihan Belia Kebangsaan, Pertak, Kuala Kubu Baru, Selangor. Dua kelompok pemimpin belia telah meng- hadiri Seminar ini. Pertama ialah pemimpin-pemimpin pertubuhan belia kebangsaan itu. Yang kedua dan yang lebih penting dalam melahirkan Gerakan Belia 4B ialah petugas-petugas dalam Persidangan Tetap Belia Daerah (PTBD). Ini kerana wakil-wakil PTBD inilah yang lebih merasakan perlunya mereka memikirkan penubuhan sebuah persatuan belia yang bergerak di kawasan luar bandar, lebih berorientasikan kegiatan sosioekonomi dan pertanian, berbanding dengan kebanyakan pertubuhan belia ketika itu yang lebih banyak tertumpu pada kegiatan budaya dan kesenian di kawasan bandar. Wakil-wakil PTBD ini merupakan warisan kakitangan yang dilantik oleh Bahagian Belia, Kementerian Kebajikan Masyarakat, sebelum ditubuhkan Kementerian Kebu- dayaan, Belia dan Sukan dalam tahun 1964.
Ketetapan wakil-wakil pertubuhan belia kebangsaan dalam seminar itu untuk membubarkan PTBD, telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan 48 orang petugas PTBD yang menyertai seminar berkenaan dan lantas kerana itu, mereka telah bertindak mengadakan mesyuarat tergempar pada 23 Disember 1965 di tempat yang sama untuk mengatasi tindakan pembubaran tersebut. Hasilnya ialah persetujuan mereka untuk mewujudkan sebuah pertubuhan belia kebangsaan yang lain yang pada mulanya dinamakan sebagai Gerakan Belia Malaysia. Sebuah jawatankuasa penaja telah ditubuhkan dan wakil-wakil PTBD negeri Selangor diberi tanggungjawab istimewa dalam hal ini kerana mereka lebih hampir dengan Kementerian dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan. Jawatankuasa ini terdiri daripada:
Pengerusi: Mohd. Kassim Shah
Naib Pengerusi: Baharuddin Hussein
S/usaha agung: Mohd. Noor Hj. Yusof
Pen. S/usaha agung: Abd. Manaf Sulaiman
Bendahari: Mokhtar Hj. Dahlan
AhliJ/kuasa: Mohd. Zain Rashid.
Mesyuarat agung penubuhannya telah diadakan di Dewan Belia Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 1966 dengan dihadiri oleh kira-kira 120 orang tokoh dan perwakilan persatuan- persatuan belia dari negeri Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis. Mesyuarat agung yang dirasmikan oleh Datuk Engku Mohsein Abd. Kadir, Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia itu telah berjaya menubuhkan Gerakan Belia 4B Malaysia yang konsepnya menyerupai 4H Youth yang begitu popular di Amerika Syarikat dewasa itu. Jawatankuasa kepimpinannya yang pertama terdiri daripada:
Yang Dipertua: Mohd. Kassim Shah (Guru)
Naib Y/Dipertua I: Mohd. Salleh Tahir (ADUN - Johor)
Naib Y/Dipertua II: Baharuddin Hussein (Kerja sendiri)
S/usaha Agung: Mohd. Ali Abd. Rahman (J/Teknik Rendah)
Pen. S/usaha: Mohd Zain Rashid (Penterjemah)
Bendahari: Bala Velusamy (Guru)
Ahli-ahli:
Jaapar Lasim (Melaka – Guru)
W. zainal Kassim (Perak – Kerani)
Mohd. Noor M. Isa (Kedah - Guru)
Mohd. Din Yaakob (Perlis - Pengelola)
Khaidir Ibrahim (Selangor - Kerani)
Abd. Rahman Mahmood (Johor - Guru)
Wan Harun Hj. Yusof (Terengganu - J/TGigi)
Kemunculan Belia 4B merupakan suatu manifestasi perasaan tidak puas hati pihak-pihak yang menganjurkan penubuhannya terhadap kecenderungan badan-badan belia dewasa itu yang lebih mengutamakan kegiatan hiburan dan kesenian. Kegiatan-kegiatan yang dikira melekakan dan tidak produktif ini kurang bermanfaat lagi terutamanya ia secara tidak langsung mengabaikan kepentingan belia-belia luar bandar. Maka itu, tujuan penubuhannya yang asasi adalah untuk membolehkan lebih ramai golongan belia di luar bandar melibatkan diri dalam kegiatan sosioekonomi, khususnya dalam sektor pertanian serta perikanan. Untuk itu, matlamat penubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia antara lain untuk menyatukan, menyusun dan menggembleng tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan negara dan untuk menegakkan masyarakat yang adil, menggalakkan dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan, memajukan dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur, di samping bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pcrtubuhan-pertubuhan sukarela yang sehaluan dengan kehendak, tujuan dan perjuangannya serta memajukan sokongan kepada kerajaan dan kepada badan-badan yang sesuai.
Kepesatan pergerakan Belia 4B begitu ketara apabila mesyuarat agung tahun 1973 bersetuju melaksanakan sistem cawangan iaitu yang membolehkan cawangannya ditubuhkan di mana-mana tempat yang sesuai tanpa perlu menunggu sesebuah persatuan belia memohon untuk bergabung dengannya. Sehingga akhir tahun 1970-an, bilangan cawangan dan ahli Belia 4B Malaysia menjadi cukup terkenal di Semenanjung Malaysia sebanding


dengan beberapa pertubuhan belia yang ditubuhkan sebelumnya, termasuklah MAYC, yang menjadi badan saingan langsungnya itu.
Sejak tahun 1969, pucuk pimpinan Belia 4B telah diambil alih oleh Hj. Suhaimi Datuk Hj. Kamaruddin, seorang peguam, yang dewasa itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Beliau telah memimpin persatuan ini sehingga tahun 1992. Perlu disebut- kan di sini bahawa Hj. Suhaimi pernah memimpin Pergerakan Pemuda UMNO (1977 - 82). Kalau Datuk Sanusi Junid terlibat secara langsung dalam penajaan dan kepimpinan awal ABIM, maka Hj. Suhaimi pula terlibat dalam proses mendraf perlembagaan penubuhan ABIM pada awal tahun 1970-an.
Sepanjang kehadirannya dalam UMNO, kepimpinan beliau dalam Belia 4B adalah relatif “terjamin”, tetapi setelah “terkeluar” daripada parti itu, perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinannya dalam Belia 4B itu semakin jelas. Sungguhpun terdapat percubaan untuk menggantikannya dalam tahun 1991, memandangkan beliau berjawatan Setiausaha Agung Parti Semangat 46, sebuah parti saingan UMNO gara-gara krisis politik UMNO sejak pemilihan pucuk pimpinan parti dalam tahun 1987, beliau mendakwa masih menjadi Presiden pertubuhan berkenaan. Daripada pemerhatian umum bagaimanapun, sehingga Nov. 1992 ini, media massa tam- paknya lebih berminat untuk “memencilkan” beliau dalam konteks gerakan belia, dan untuk Belia 4B pula, nama Datuk Tajol Rosli Tan Sri Ghazali, tampaknya telah “diiktiraf” sebagai Presiden persatuan berkenaan.
Perkembangan yang berlaku ini sebenamya bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi persatuan ini bilamana mengingatkan betapa hasrat penubuhannya bertujuan menggerakkan golongan belia di luar bandar berkecimpung dalam kegiatan sukarela di samping men- dedahkan mereka pada perjuangan politik kebangsaan - Belia 4B sejak sekian lamanya dianggap sebagai barisan hadapan Pergerakan Pemuda UMNO. Sebilangan pemimpin politik yang berjawatan dalam Parti UMNO dan juga kerajaan sekarang pernah atau masih terlibat dalam kepimpinan badan belia ini. Antara mereka ialah Datuk Mohamed Rahmat yang pernah menjadi Naib Presidennya dalam tahun 1970-an; Datuk Abu Bakar Daud dan Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman, dua orang tokoh politik UMNO negeri Terengganu; Datuk Mohd. Isa Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan; juga Datuk Tajol Rosli Tan Sri Ghazali.
Dalam kemelut belia, Belia 4B pernah bertindak menarik diri dalam tahun 1975 - 76 ekoran daripada usaha-usaha pihak tertentu untuk membubarkan MBM atas dakwaan terlibatnya beberapa orang pemimpin MBM dalam Demonstrasi Pelajar - Baling bulan Disember 1974. Sebagai sebuah pertubuhan yang sememangnya dimaklumi sengaja ditaja dan dipengaruhi oleh tokoh politik kepartian, termasuk kedudukan Hj. Suhaimi sebagai seorang tokoh dan pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO tahun 1970-an, kehadiran Belia 4B dalam MBM temyata kurang disenangi oleh kepimpinan tertinggi MBM dewasa itu yang dipengaruhi oleh kepimpinan belia-pelajar seperti Anwar Ibrahim; dan kerana itu, percubaan Hj. Suhaimi untuk “menguasai” badan induk belia itu tidak pernah berjaya.
Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Sebuah lagi pertubuhan belia yang popular di kalangan belia Melayu ialah PKPIM, atau nama panjangnya Persatuan Kebang­saan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia. Sewaktu ia ditubuhkan dalam tahun 1961, nama asalnya ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM). Dalam banyak hal, PKPIM mewakili gerakan belia dan pelajar Melayu yang lebih berorientasikan kepentingan agama Islam.
Seperti yang telah diperihalkan di atas, kegiatan berpersatuan di kalangan golongan belia yang berdasarkan kepentingan agama sudahpun terdapat sejak awal penjajahan Inggeris lagi, khususnya dengan tertubuhnya YMCA, YWC A, beberapa young fellowship Kristian, termasuk juga pertubuhan yang setaraf di kalangan orang- Cina dan India.
Sehubungan ini, bagaimanapun, sehingga menjelangnya kemerdekaan dan malahan sepanjang dekad 50-an, jarang sekali kedapatan kegiatan berpersatuan yang serupa berdasarkan kepen­tingan agama Islam. Jika pun ada, ia lebih banyak dipengaruhi oleh kepentingan sosiopolitik. Penubuhan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) (1948) misalnya lebih menonjolkan ciri-ciri nasionalisme dan pendidikan pelajar-pelajar Melayu.
Kesedaran mengenai “kekurangan” ini telah disuarakan buat pertama kalinya dalam satu seminar mengenai Pelajar-pelajar Islam Se-Malaya yang julung kalinya berorientasikan kepentingan Islam yang diadakan pada 4 Sept. 1960. Ia telah dihadiri oleh peserta-peserta yang mewakili institusi pengajian tinggi terkemuka dewasa itu: Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Pertanian Malaya, Kolej Islam Malaya, dan Maktab Perguruan Bahasa; sementara kalangan peserta jemputannya terdiri daripada perwakilan pelajar Islam di Brunai, Indonesia, Singapura, Sri Lanka, Filipina dan juga dari Sabah dan Sarawak.
Seminar ini telah memutuskan beberapa resolusi tertentu demi kepentingan golongan pelajar Islam, tetapi dua daripadanya adalah yang paling penting. Pertama ialah mengusahakan penubuhan sebuah persatuan pelajar Islam di Persekutuan Tanah Melayu yang bertaraf kebangsaan yang boleh menyatupadukan tenaga mereka sebagai sebuah kumpulan pelajar.
Yang keduanya, yang selanjutnya menjadi asas pergerakan dan perjuangan mereka dalam tahun-tahun berikutnya ialah memperjuangkan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf universiti bagi menampung keperluan dan kepentingan pengajian agama Islam. Perjuangan ini mencapai kejayaannya bilamana tertubuhnya Universiti Islam Antarabangsa dalam tahun 1983.
Pihak penganjur seminar berkenaan kemudiannya telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penaja penubuhan PKPIPTM yang terdiri daripada yang berikut:
Pengerusi: Sulaiman Hj. Nordin (Maktab Pertanian)
Setiausaha: Ahmad Juhari Moin (Maktab Pertanian)
J/Kuasa:
W. Jaafar Abdullah (Universiti Malaya)
Mohd. Ghazali Hanafiah (Universiti Malaya)
Sementara barisan Jawatankuasa Kerja yang pertama bagi ABIM terdiri daripada:
Presiden: Ab. Wahab Abdullah, 29,
pegawai MARA Naib Presiden: Sulaiman Mohd. Noor, 32,
pegawai MARA Setiausaha: Fauzi Ab. Rahman, 25,
Jurutera galian Pen. S/Usaha: Ahmad Hj. Ismail, 25, pegawai PTD
S/Usaha Kewangan: Syed Ibrahim S. A. Rahman, 27,
S/Usaha Penerangan: Mohd. Redhuan Halim, pegawai MARA
S/Usaha Perhubungan: Anwar Ibrahim
S/Usaha Dakwah: Sanusi Junid
S/Usaha Kebajikan: Mahmood Kitom
S/Usaha Wanita: Faridah Tan Sri Hussein (*tentatif)
Salah satu peristiwa penting yang melibatkan secara langsung gerakan belia-pelajar umumnya dan PKPIM khususnya ialah penyertaan pemimpin dan sebilangan ahli serta ramai pelajar lain di kampus-kampus Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malay­sia serta Institut Teknologi MARA dalam Demonstrasi Pelajar-Tani Baling pada awal bulan Disember 1974. Tidak kurang daripada enam orang pemimpin PKPIM dan MBM, termasuklah terutamanya Presiden MBM dewasa itu, iaitu Anwar Ibrahim menjadi tahanan politik selama beberapa bulan ekoran daripada demonstrasi tersebut. Peristiwa itu juga menyebabkan pihak Kerajaan bertindak memperketat Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dalam tahun 1975, terutamanya untuk mengawal kegiatan-kegiatan pelajar dengan mewujudkan pentadbiran khusus yang dinamakan sebagai Bahagian Hal Ehwal Pelajar di universiti-universiti tempatan.
Dengan berkuatkuasanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1975, kegiatan para pelajar di dalam kampus, termasuklah kegiatan PKPIM sendiri menjadi semakin terkawal dan jauh daripada menunjukkan ciri-ciri radikal sepertimana dalam awal tahun 70-an itu. Walau bagaimanapun, perjuangannya untuk memenuhi kepentingan pelajar-pelajar Islam termasuklah menegakkan sebuah universiti tetap diteruskan dan menjadi kenyataan apabila Universiti Islam Antarabangsa akhimya ditubuhkan.
Dalam bulan April 1982, Anwar Ibrahim yang sudah banyak berpengalaman dalam politik belia dalam PBMUM, PKPIM, MBM dan ABIM telah memasuki UMNO. Beliau memenangi kerusi Parlimen kawasan Permatang Pauh, P. Pinang dalam pilihan raya umum 1982. Kemudiannya dalam bulan September 1982, beliau memenangi jawatan ketua Pergerakan Pemuda UMNO dengan mengalahkan Datuk Hj. Suhaimi yang pernah ditewaskannya dalam merebut jawatan presiden MBM kira-kira lapan tahun sebelum itu. Beliau mempertahankan jawatan itu sekali lagi dalam tahun 1984, juga mengalahkan Datuk Hj. Suhaimi, dan melepaskannya dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1987 untuk merebut satu daripada kerusi Naib Presiden UMNO. Tokoh belia yang terkemuka yang dilahirkan dalam tahun 1947 ini telah mula dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982 - 83), Menteri di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983 - 84), Menteri Pertanian (1984 - 86), Menteri Pendidikan (1986 - 90), dan sejak tahun 1991, sebagai Menteri Kewangan. Beliau berjaya mempertahankan kerusi naib presiden dalam pemilihan parti tahun 1990. Di samping itu, jawatan kerajaannya adalah sebagai Menteri Kewangan serta Pengerusi Majlis Universiti Islam Antarabangsa. Beberapa orang rakan seperjuangan beliau dalam PKPIM dan ABIM juga telah turut bergiat dalam berbagai-bagai bidang dan ada antaranya menjadi usahawan, pentadbir kanan, pemimpin politik, termasuk juga di kalangan parti PAS.
Penutup: Gerakan Belia dan Kepimpinan
UMNO Hari Ini dan Akan Datang
Berdasarkan huraian yang diberikan di atas, maka adalah jelas bahawa penglibatan politik generasi belia Melayu khususnya, bermula dalam kegiatan persatuan-persatuan belia. Atau tidak keterlaluan pula kalau dikatakan bahawa persatuan belia, sama ada yang bernama GPMS (berorientasikan kepentingan pendidikan pelajar- pelajar Melayu), MAYC dan Belia 4B (berorientasikan kepentingan sosioekonomi bandar dan luar bandar); ataupun kemudiannya PKPIM dan ABIM (berorientasikan kepentingan agama, pendidikan Islam dan Melayu), terdedah pada pengaruh dan orientasi politik kepartian tertentu sehingga badan-badan belia ini menjadi tempat latihan bakat kepimpinan yang paling baik bagi mereka untuk diteruskan kemudiannya dalam gelanggang politik pula.
Apakah yang dapat dikesan berlaku pada empat tokoh muda politik Melayu: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Datuk Seri Sanusi Junid, dan tidak ketinggalan juga Datuk Hj. Suhaimi? Barangkali hanya tiga nama pertama lebih mendapat perhatian sekarang kerana mereka menduduki kerusi naib presiden UMNO sejak pemilihan tahun 1990. Sungguhpun peraturan ABIM menghendaki para pemimpinnya meletakkan jawatan sebaik sahaja memegang jawatan dalam badan-badan politik, namun imej dan kewibawaan kepimpinan yang pernah dilJentuk dalam ABIM itu tidak mudah untuk dihapuskan begitu sahaja. Simpati daripada rakan-rakan seperjuangan dan ahli-ahli, lebih-lebih lagi yang dijalin atas dasar ukhuwah Islamiah itu adalah relatif sukar untuk dinafi dan diketepikan begitu sahaja. Hal yang sama tidak menjadi masalah bagi Belia 4B dan MAYC kerana pemimpin mereka tidak dikehendaki melepaskan jawatan sebaik sahaja memasuki dan memegang jawatan dalam parti-parti politik.
Bilamana ketiga-tiga bekas pemimpin gerakan belia ini memenangi kerusi naib presiden UMNO tahun 1990 itu, maka dijangkakan oleh banyak pihak bahawa persaingan politik itu seterusnya akan menjadi lebih sengit dan lebih mendapat perhatian. Pertamanya ialah dari segi warisan gerakan dan politik belia; tentulah ketiga-tiga mereka - Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan Sanusi Junid - akan mendapat perhatian tentang siapakah yang bakal berupaya untuk mempertahankan kerusi tersebut dalam pemilihan UMNO tahun 1993 kelak. Mengingatkan bahawa kedua- dua tokoh utama UMNO iaitu Presiden Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya, Encik Ghafar Baba sekarang sudah menjangkau usia 66 tahun, maka isu penggantian mereka sebagai pemimpin UMNO akan datang menjadi persoalan yang cukup menarik untuk diberikan perhatian.
Hal ini juga menjadi lebih istimewa lagi kerana dalam masa yang sama, seolah-olah berkembangnya persaingan tertentu bukan sahaja antara ketiga-tiga Naib Presiden itu sendiri, bahkan juga telah didesas-desuskan berlaku antara Encik Ghaffar dan Anwar Ibrahim sendiri. Memang mereka berdua secara peribadi tidak mungkin memperakukan wujudnya persaingan dan polarisasi sokongan yang dibimbangi akan mengulangi kembali perpecahan UMNO ekoran daripada persaingan tahun 1987 lalu, namun persaingan itu boleh diuruskan oleh “orang-orang mereka”.
Persoalan lain yang berkaitan dengan penglibatan tokoh-tokoh gerakan belia dalam politik ini, khususnya dalam UMNO, ialah peranan tidak langsung kedua-dua persatuan sukarela politik dan bukan politik itu yang tampaknya saling berkaitan dan kukuh- mengukuhkan antara satu sama lain. Sungguhpun buat beberapa ketika tampaknya peranan yang dimainkan oleh Belia 4B adalah lebih menonjol dalam hal ini, namun sehingga hari ini, tidaklah dapat dinafikan bahawa semua pertubuhan belia Melayu ini memainkan peranan tertentu dalam memprojekkan imej politik bekas-bekas pemimpin mereka yang berada dalam arena politik sekarang. Sebenarnya hal ini sukar untuk dibuktikan dengan tepatnya, tetapi bagi seseorang pemerhati politik yang prihatin dan peka akan perkembangan tertentu yang berkaitan dengan semua pertubuhan belia dan politik UMNO itu, ramalan dan rumusan berhubung dengan “jalan lain” dalam membentuk imej politik dan melebarluaskan pengaruh politik seperti ini tidaklah terlalu meleset. Namun begitu, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa tidak semua tokoh yang dimaksudkan itu mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan itu.

BAB 13 ISU-ISU SEMASA MENGENAI GERAKAN BELIA

Pengenalan Dalam tcmpoh 24 jam sewaktu saya mula menyiapkan tulisan ini, ada dua isu atau peristiwa semasa yang berkenaan dengan belia yan...